Terima Kasih

Hari ak tak de mood nak sambung story 'Kasih bukan aku'.. 
Lately, mood aku macam tunggang terbalik sket r..
Biasalah pompuankan, ada waktu2 tu emosi kurang stabil..

Abaikan pasal emosi aku tu..
Hari mcm nak bebel sket berkenaan ucapan 'terima kasih'
Aku ingt lagi dulu, time drjah satu
cikgu bahasa melayu aku ajar topik 'budi bahasa'
perkataan pertama yang dia ajar adalah 
memberi salam
lepas tu, 
tolong
dan yang ketiga,
TERIMA KASIH

aku pernah dengar orang cakap,
ada dua perkataan magik dalam hidup ni,
pertama "please" dan kedua "thank you"

Ustazah pun selalu ajar, ucapkan terima masih pada orang yang berbudi dengan kita
time sekolah, tiap kali habis belajar kita mesti cakap "terima kasih,cikgu"
tapikan, semua tu habis kat situ je
balik rumah, ad tak kita cakap kat mak kita
"terima kasih mak sebab masak untuk saya"
"terima kasih mak sebab tolong gosokkan baju saya"
tak ada kan?
sebab time tu kita tak tahu apa-apa
kita cuma buat apa yang cikgu suruh, apa yang kawan-kawan buat

tapi sekarang ni, kita sama-sama dah besar
dah tahu fikir
dah macam-macam yang kita belajar
tapi perkataan terima kasih tu still kita tak praktikkan

aku tak cakap kat korng je, tapi peringatan untuk diri aku sendiri

dulu, ak sendiri tak pernah rasa 'magik'nye perkataan terima kasih ni
sampailah satu hari tu, aku pergi beli kuih kat satu gerai ni
makcik tu beria-ia ucap terima kasih kat aku sebab beli makanan kat dia
"terima kasih ye nak ye"
time tu, ak senyum je.. tapi dalam masa yang sama ak macam rasa seronok sebab dpt tolong makcik tu..
mungkin, nilai kuih yang aku beli tu harganya cuma rm2, tapi cara makcik tu menghargai pelanggan dy memang sangt tak ternilai..

and sejak dari hari tu, ak dah mula mempraktikkan ucapan terima kasih tu
tak rugi mana pun kan?

tak kirala siapa kita,
samada kita ni bos ke, anak dato ke, ada harta juta-juta skali pun
tapi kalau kita tak reti berterima kasih,
orang tak akan ada rasa hormat kat kita..

tapi, yang apa yang paling utama adalah
ucapkan terima kasih kepada pencipta kita
kerana setiap udara yang kita hirup,
setiap degup jantung,
setiap titisan darah yang mengalir, 
semua tu takkan berlaku kalau Allah tak izinkan
jadi, semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur.
Insyallah~

p/s:terima kasih sebab baca entry aku.. peace (~_~)V