Kasih,bukan aku (Muka satu)


Zafrul Hadi. Lelaki yang pertama menambat hati Salina ketika dia di Australia dahulu. Hadi juga pelajar jurusan Ekonomi sama seperti Salina. Perkenalan dia dan Hadi bermula ketika dia dan Hadi ditugaskan untuk menyiapkan satu assignment secara berkumpulan. Secara kebetulan, dalam kumpulan itu hanya mereka berdua sahaja pelajar dari Malaysia. Salina pula lebih selesa berhubung dan bertanyakan kepada Hadi tentang tugasan yang perlu mereka siapkan itu. 

Sejak itu, Hadi dan Salina menjadi semakin rapat. Mereka sering ber'chatting' bukan sahaja untuk bertanyakan soal tugasan yang diberikan oleh penyarah bahkan mereka juga sering berbual mengenai hal-hal semasa, bercerita tentang keluarga dan berkongsi masalah. Namun, perhubungan mereka hanyalah sekadar di 'alam maya'. Salina tidak pernah menerima ajakan Hadi untuk keluar bersama. Bukan dia tidak mahu, tetapi Salina berasa segan kerana tidak biasa untuk berjumpa atau dalam istilah lain ber'dating' dengan Hadi. Salina memang seorang gadis yang pemalu. Di sebalik wataknya yang peramah dan kelakar itu, dia memiliki satu sifat pemalu apabila berhadapan dengan lelaki. Baginya biarlah perhubungan dia dan Hadi hanya sekadar berbual di internet.  

Hadi kadang kala binggung dengan sifat Salina. Ketika ber'chatting' Salina terlalu ramah. Kadang kala, gurau senda Salina membuatkan dia ketawa puas. Tambahan lagi sikap Salina yang mengambil berat kadangkala menyentuh jiwanya. Kehidupan Hadi di rantauan yang dahulunya sunyi, kini ceria sejak dia berkenalan dengan Salina. Namun, dia berasa pelik kerana Salina tidak pernah menerima pelawaannya untuk keluar bersama. Pernah sekali ketika Hadi menawarkan diri untuk menghantar salinan nota ke rumahnya, Salina menolak. Akhitnya, terpaksalah Hadi menghantar nota-nota tersebut melalui pos walaupun mereka tinggal di dalam satu kawasan perumahan yang sama. 

Hinggalah pada suatu hari, di majlis menyambut Hari Raya di kedutaan Malaysia. Hadi sengaja tidak memberitahu Salina bahawa dia akan turut menghadiri majlis itu. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Salina tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri majlis tersebut. Baginya, hanya ketika itulah dia dapat merasai suasana 'Malaysia' di samping bertemu dengan ramai lagi pelajar Malaysia yang berada di seluruh negara kanggaru itu. 

"Kau rasa lah lemang tu ke Jiha? Sedap tau.." kata Salina.

"Puas dah makan lemang segera tu? Semalam bukan main mengidam lagi.." balas Jiha

"Mestilah belum puas.Walapun ni lemang cap segera, tapi rasanya tetap ad kick tau. Kejap lagi aku nak balun lagi satu pinggan.." seloroh Salina.

Salina meletakkan pinggan kertas yang kosong itu kedalam tong sampah yang disediakan. 

"Eh, kata nak balun lagi sepinggan. Apsal kau buang pinggan tu?" soal Jiha

"Kau ni pun. Kalau aku guna pinggan tadi, kantoilah aku ni makan banyak.." balas Salina sambil menutup sedikit mulutnya dengan tangan supaya tidak didengari orang lain.

"Amboi, bukan main lagi atur strategi.."balas Jiha sambil ketawa.

"Makcik, kejap tau.Aku nak pergi mem'balun' lemang kejap. Kau 'chop' kerusi aku ni. Jangan bagi orang lain ambik pulak.." kata Salina. Panggilan 'mak cik' sering digunakan Salina dan Jiha untuk mengenakan sesama sendiri. 

Salina segera bangun untuk ke meja yang menghidangkan pelbagai makanan tradisional dan kuih-muih itu. Matanya hanya tertumpu ke pinggan yang berisi lemang. 

"Alamak, dah tinggal dua potong je? Kena cepat ni.." bisik hatinya. Langkah semakin laju. Takut-takut jika ada yang lebih pantas mengambil. 

Memang sudah di jangka, lemang idamannya itu sudah di ambil orang lain. Lelaki berbaju melayu warna ungu itu menyepit dua potong lemang ke dalam pinggannya. Langkah Salina terhenti. Kemudian dia terus berpaling menuju ke meja minuman. 

Jiha melihat Salina berjalan ke arahnya dengan muka masam beserta dua cawan air jus tembikai di tangannya.

"Eh makcik, mana lemang idaman kau tu? Takkan kau dah telan sambil berjalan tadi kot?" perli Jiha.

"Dah habis da makcik. Tak ada rezeki la aku nak menambah lemak. Ada mamat dah 'sapu'" balas Salina sambil menghulurkan air kepada Jiha.

"Tak pe.Kita tunggu pekerja tu 'top-up' balik lemang dalam pinggan tu tau.."pujuk Jiha.

"Ermm.. tak pelah. Dah tak ada selera pulak nak tunggu lama-lama" kata Salina sedikit terkilan. 

Sedang Salina menghirup air yang di ambilnya tadi, tiba-tiba ada seorang meletakkan sepinggan lemang di atas mejanya. 

"Untuk awak Hazrin" hampir tersedak Salina ketika itu. Seingatnya, hanya Hadi seorang yang mamnggilnya Hazrin. Pantas dia menoleh ke arah tuan punya suara.

"Eh, Hadi..." cepat-cepat Salina berdiri. "Awak rupanya yang 'curi' lemang saya."gurau Salina. Namun dia masih terkejut dengan kehadiran Hadi.

"Mana ada saya curi. Saya memang ambil untuk awak. Tadi saya dengar awak nak 'balun' lemang lagi. Nasib baik saya cepat ambil, kalau tak lemamg tu dah masuk dalam mulut orang lain tau" balasnya. 

Salina terkejut apabila Hadi menyebut perkataan 'balun'. 

"Eh,awak dengar ke kami bisik tadi?"balas Salina. " Tapi, awak ni dah makan ke belum?" tanya Salina kepada Hadi kerana dari tadi dia tidak nampak lansung kelibat Hadi di dalam dewan itu. Atau mungkin Salina yang tidak perasan akan kehadiran Hadi yang sedari tadi hanya memerhatikan tingkah lakunya. 

"Belum makan lagi. Saya share lemang dengan awak boleh? Tak kan awak nak balun dua-dua lemang ni?

"Hah? Share?"
"Tak pe lah. Awak ambil je semua. Saya dah makan tadi.." balas Salina. Malu dengan pelawaan Hadi untuk berkongsi makanan. 

"Ehem..Ehem.." Jiha pura-pura batuk. "Siapakah?" tanya Jiha kepada Salina. "Pakwe kah?" tanyanya  lagi.

"Ish, bukan lah. Ni Hadi, kawan kuliah aku." balas Salina. Dia memang tidak pernah menceritakan tentang Hadi kepada Jiha. Malah Jiha juga tidak pernah tahu bahawa Salina dan Hadi sering berbual-bual di Yahoo Messenger. Bukan Salina sengaja merahsiakan dari Jiha. Tetapi dia tidak mahu kawannya itu salah anggap terhadap dia dan Hadi. 

"Oh, kawan kelas. Hai, saya Najihah. Student Law. Roomate Ina.." Jiha memperkenalkan dirinya secara ringkas kepada Hadi. 

"Oh hai. Hadi. Bakal kekasih Hazrin"

Bulat mata Salina ketika mendengar ayat Hadi itu. Hadi hanya buat muka 'slumber'nya sambil menyuapkan lemang ke mulutnya. 

Salina mula berasa tidak selesa dengan kehadiran Hadi. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia mengajak Jiha pulang. Namun, dia tidak sampai hati meniggalkan Hadi makan keseorangan. Takut Hadi terasa hati pula dengannya. Tambahan, takut di gelar tak menghormati kawan pula jika di tinggalkan Hadi begitu sahaja. Terpaksalah dia menemani Hadi sehingga selesai majlis. Salina tidak banyak mulut sejak kehadiran Hadi. Mulutnya seperti hilang kata-kata. Hilang semua idea-idea lawaknya. Sepatah yang ditanya Hadi, sepatah yang dijawabnya. Dia hanya menjadi pendengar antara perbualan Hadi dan Jiha.Sesekali, Salina ketawa mendengar cerita Hadi. Jiha memang pandai berbual. Tiada masalah baginya untuk berbual dengan lelaki kerana dalam keluarganya dia mempunyai tiga orang abang dan seorang adik lelaki. Belainan dengan Salina yang hanya mempunyai seorang abang. Bagaimanapun hubungan Salina dan abangnya tidak begitu rapat kerana sejak kecil lagi dia sudah terpisah dengan abangnya kerana abangnya itu telah pergi ke sekolah berasrama penuh di Kedah. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, abangnya telah mendapat tawaran belajar di Jepun. Mungkin kerana itu, Salina agak kekok untuk bebual dengan lelaki.   

Diakhir majlis itu, kesemua tetamu dijemput untuk bergambar bersama-sama kakitangan kedutaan itu. Jiha menarik tangan Salina untuk pergi ke atas pentas untuk bergambar bersama-sama. Salina tidak membantah. Jiha sedar akan perubahan pada Salina sejak kehadiran Hadi. Kadang kala, Salina tersenyum seperti orang angau. Tetapi kadang kala Salina kelihatan 'serious'. Di atas pentas, Salina tercari-cari kelibat Hadi. Seingatnya, tadi Jiha turut mengajak Hadi naik ke pentas untuk bergambar. Tetapi Hadi meminta diri untuk ke tandas. Katanya mahu mencuci tangan. Sesekali Salina mendongak ke atas di mana kebanyak tetamu lelaki berbaris. Kebiasaannya, tetamu perempuan akan beratur di barisan hadapan dan lelaki dibarisan belakang atas faktor ketinggian. Tetapi ada segelintir tetamu yang sudah berkahwin atau pasangan kekasih yang tidak mengikut 'aturan' tersebut. Namun, kelibat Hadi masih tidak kelihatan. 

"Okey. All ready? Say 'cheeeseeeeee' when I count to three.." pinta jurufoto berbangsa Inggeris itu. 

"Alrite!" jerit para tetamu.

Salina menoleh ke bahagian kiri dewan. Mungkin Hadi tidak sempat untuk naik ke barisan atas lalu menyelitkan dirinya ke bahagian kiri barisan itu. Kemungkinan itu berasas kerana tandas lelaki berada di bahagian kiri dewan. 

"Awak,pandang depan lah. Nanti gambar tu tak cantik la kalau muka awak toleh-toleh macam tu"  Salina segera menoleh apabila terdengar suara Hadi disebelah kanannya. Belum sempat dia membalas kata-kata Hadi, kedengaran suara jurufoto tadi.

"Ready! One... Two.. Threee....."

"Cheeeseeeeeeeeeeeeeee....." bergema satu dewan dengan teriakan itu.


* * * * *

No comments:

Post a Comment

pecah kace pecah cermin..dah bce harap komen